DASAR PRIVASI · 8 SEPTEMBER 2026

Data yang digunakan untuk menghantar mesej.

HANTAR ialah platform untuk mengurus notifikasi pesanan melalui WhatsApp Business Platform. Platform ini menggunakan Cloudflare untuk pemprosesan dan penyimpanan, serta Meta untuk penghantaran WhatsApp.

Data yang disimpan

Kami menyimpan e-mel, ID akaun Google dan nama bisnes pemegang akaun, sambungan nombor WhatsApp, token Meta yang disulitkan, ID pesanan, nombor penerima, nama template serta status dan masa penghantaran. Nama pelanggan dan jumlah pesanan diproses untuk membina mesej yang dihantar kepada Meta.

Tujuan dan perkongsian

Google mengesahkan identiti semasa log masuk. Kami meminta e-mel dan pengenalan akaun untuk memadankan akses ruang kerja, tanpa akses Gmail atau Google Drive.

Data digunakan untuk pengesahan akaun, penghantaran mesej yang diminta oleh bisnes, mengelakkan penghantaran berulang, dan semakan status. Data mesej dihantar kepada Meta dan diproses menurut terma Meta. Bisnes mesti mendapatkan persetujuan penerima dan menyediakan notis privasi kepada pelanggan mereka sendiri.

Akses dan penyimpanan

Rekod ruang kerja dihadkan kepada akaun yang berkenaan. Token akses disulitkan dalam pangkalan data; API key disimpan sebagai hash. HANTAR tidak menerima kata laluan Google anda. Rekod kekal sehingga dipadam oleh pentadbir atau melalui permintaan pemadaman. Pemadaman automatik berdasarkan tempoh belum diaktifkan.

Hak dan hubungan

Untuk akses, pembetulan, pemadaman atau pertanyaan privasi, hubungi hantarapp@gmail.com daripada e-mel akaun anda. Nyatakan bisnes dan rekod yang berkaitan. Jangan hantar kata laluan atau token akses.

Arahan pemadaman data →